Click here with love

Sunday 27 September 2015

LAMAZE colourful toys

Sebagai first time parent, saya rasa excited sangat nak beli macam-macam barang untuk baby. Kalau pergi kedai barangan baby rasa nak beli semua baju, toys dan barang yang cantik-cantik. My current favourite is baby toy! Salah satu brand toy yang saya suka ialah Lamaze. Toys dia colourful dan workmanship pun sangat berkualiti (I hate sloppy workmanship). Bukan setakat menarik perhatian baby, orang dewasa pun suka dengan toys ni. Saya ada baca banyak review daripada parents dari luar negara berkenaan dengan Lamaze ni. Mostly, baby diorang memang suka sebab warna dia yang terang dan fabrik dia yang bertekstur. Toys Lamaze direka berdasarkan tiga fasa perkembangan bayi iaitu "awakening the senses", "exploring and experimenting", dan "moving and doing". 

Baru-baru ni, saya ada kirim toy Lamaze dari adik saya yang bekerja di Singapore. Dekat sana toys dia lagi banyak pilihan daripada Malaysia. Kat sini saya nak share gambar toys Lamaze yang sangat-sangat comel tu. Yang kat bawah ni nama dia Octivity time. Harga agak mahal which is SGD34.90. Saya pernah jumpa yang ini kat Aeon Sunway. Harga dia cuma RM59.90 macam tu tapi agak lusuh. Mungkin diorang nak clear stok kut.

Yang ini nama dia Octotunes. Tentacles octopus ni ada squeaker yang mengeluarkan bunyi berbeza. Boleh buat lagu twinke-twinkle little star guna squeaker dia. Harga dia SGD39.90. Tu dia!

Katak comel ni adik saya belikan untuk kakak sebab dia memang suka plush toy katak hijau.

Gardenbug ni sesuai dengan small babies untuk  perkembangan tactile dan auditory. Ia boleh menggalakkan baby discover tangan dan kaki diorang. Tapi rugi beli yang ini sebab baby cepat membesar. Nanti dah besar diorang campak je bug ni.


Puppy ni pun comel. Kalau picit hidung dia akan keluar la bunyi comel.

Stretch the Giraffe ni ada rattle dan teether. Sesuai untuk baby yang nak tumbuh gigi. Diorang boleh gigit-gigit. Kaki giraffe yang kurus panjang ni senang untuk baby nak pegang.

Yang ini nama dia Jacque the Peacock. Ada cermin untuk baby pandang muka sendiri. Small babies memang sangat suka pandang reflection diorang dalam cermin.

Akhirnya, adik saya pick tiga Lamaze toys seperti kat bawah ni. Toys dia agak mahal sebab imported dan syarikat dia collaborate dengan psychologist dari Yale University. Total semua ni dalam SGD86.70. Gulp!!Tapi minat punya pasal tak apalah. Harap Hayyan suka toy baru dia.


Next, nak buat nursery Hayyan yang penuh dengan colorful toys. So excited! *giggles*

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...