Click here with love

Tuesday 15 December 2015

Menjana pendapatan ekstra melalui online survey

Hai...agak lama jugak blog ni saya tinggalkan. Akhir-akhir ni, kurang masa pulak nak menulis di blog. Entri kali ini saya nak kongsikan cara menjana pendapatan dengan hanya mengisi online survey. Walaupun tak begitu lumayan, tapi bagi saya agak berbaloi untuk mengisi masa terluang. Kalau nak dibandingkan dengan menulis blog especially untuk blogger baru seperti saya, survey filler sebenarnya boleh menjana lebih pendapatan. Selama 4 bulan saya ber blogging, saya cuma berjaya mendapat RM13.55 dari Nuffnang. Saya akui memang entri saya selama sebulan agak sedikit iaitu 3 - 4 entri sahaja. Oleh sebab tu, saya dah tukar tujuan saya dari menjana pendapatan melalui penulisan di blog kepada suka-suka aje.

Ok back to my point iaitu menjadi survey filler. Saya mula join survey filler ni pada 24 Nov 2015 so to date baru tiga minggu saya join. So far, saya dah berjaya earn RM40 cash dan RM20 Aeon shopping voucher. Ada banyak survey panel yang anda boleh pilih. Bagi saya, saya dah selesa menggunakan Toluna dan Global Test Market. Setiap survey panel memberikan reward yang berlainan. Ada reward dalam bentuk voucher dan ada juga dalam bentuk cash yang di boleh di transfer terus ke akaun PayPal.


Mula-mula, anda perlu mendaftar di http://www.panelplace.com/ so nanti website ni akan recommend mana-mana survey panel yang popular. Lepas tu anda boleh trial and error survey panel yang sesuai. Please bear in mind survey yang anda perlu buat agak lengthy dan membosankan. So kene bersabar untuk habiskan jawab survey ni. Bila anda berjaya habiskan survey, anda akan di beri points so perlu kumpul points untuk redeem cash atau voucher. Setiap survey mempunyai target audience yang berlainan so diorang akan tengok demographic characteristic tertentu. Kalau survey tu tak menepati characteristic anda, anda akan di screen out tapi still boleh dapat points sikit.


Oh ya, masa yang diambil untuk menghantar reward yang anda redeem adalah 4 - 6 minggu so kene bersabar la ye. Walaupun amaun tak banyak tapi puas hati jugak sebab duit masuk tanpa keluar modal hehe..boleh la buat belanja dapur. Zaman ekonomi tak stabil ni kene buat apa sahaja yang mendatangkan duit. Kalau anda berminat untuk join, saya suggest boleh daftar di https://my.toluna.com dan juga https://www.globaltestmarket.com.

*toodles*

3 comments:

  1. Hmm...pertama kali blogwalkng disini. Entri yg ckup brlainan dengan entri lain... ^_^. Bolehlah I try buat duit dengan survey pula lepas ni...

    ReplyDelete
  2. hi elvina.terima kasih sebab blogwalking kat sini.ha ah lain sikit hehhe..i rasa i patut share sebab seronok buat survey ni.i tgh tunggu my first reward.excited sgt :-D

    ReplyDelete
  3. nice info sis. please check out and follow my blog, violetscarves.blogspot.com. please support my business. thank you sis.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...