Click here with love

Sunday 25 October 2015

We finally moved out!

We are now ready to move out of the house so it's time to pack our stuffs and clear all the mess. It's been already five years since I moved to Sunway. Banyak sangat barang-barang dah terkumpul termasuk sampah sarap hehe.. Bila korek-korek balik jumpa la bakul hantaran masa tunang, bantal lama, beg lama, kertas nota masa study, buku-buku dan segala macam barang yang dah tak dipakai. Lepas tu ada la kabinet habuk kayu yg beli dulu-dulu. Letak kat tempat buang sampah pastu tau-tau dah hilang hahah..nasib baik ada orang yang nak tolong ambik. Katil besi lama pun letak luar hilang haha..bagus jiran-jiran kat level ni.

Selepas dah clear macam-macam (including barang yg masih elok tapi jadi pekasam), akhirnya berjaya meminimize kan barang yang nak dibawa ke rumah baru yay! Pening nak bawak segala macam dari rumah lama. Ikutkan hati nak je buang semua barang hehe..Nasib baik tak beli banyak barang masa duduk menyewa. I cakap kat husband nanti kalau nak beli apa-apa make sure harga dia at least RM1k so that sayang nak buang lol.. tapi sebenarnya dalam dilema nak buang barang. Byk sangat brg yang menjadi kenangan, even bantal busuk adik pun berat hati nak buang. Bantal tu la peneman dia study dulu tapi apakan daya, tak banyak space dalam store rumah baru.

Mengemas rumah nak pindah is perkara yang paling malas nak buat huhuu..kami dah 4 hari tidur pukul 1.30am sebab mengemas. Sungguh memenatkan. Minggu ni pun rasanya macam tak sempat nak balik jenguk Hayyan sebab busy nak kemas rumah baru. Rindu sangat rasanya :-( So this month is our last month staying in Sunway. Good bye Sunway, welcome Seremban :-)

Ni storeroom rumah baru yang dah di fill brg2 yang tak dipakai..stack tinggi2..OMG it's so messy and it's an eyesore to me!



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...